Urutan kes K._Pathmanaban

  • Pada 24 April 2009, mahkamah membenarkan permohonan ex-parte oleh Indira Gandhi, untuk mendapatkan hak penjagaan sementara tiga anaknya dan injunksi menghalang bekas suaminya itu daripada memasuki rumah mereka.
  • Pada 5 Mei 2009, mahkamah membenarkan permohonan Mohd Ridzuan untuk menangguhkan perintah hak penjagaan sementara ketiga-tiga anak yang diperoleh Indira Gandi.
  • Pada 11 Mac 2010, peguam Mohd Ridzuan, Mohammad Faizal Che Yusof menyatakan pihaknya telah memfailkan rayuan penangguhan pelaksanaan kehakiman dan sedang menunggu tarikh perbicaraan di Mahkamah Rayuan.
  • Pada 29 Oktober 2009, Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak itu kepada Mohd Ridzuan.
  • Pada 11 Mac 2010, Hakim Wan Afrah memerintahkan hak penjagaan anak bongsu itu diserahkan kepada Indira Gandhi selepas kes perebutan hak penjagaan itu berlarutan SEJAK 2009.
  • Pada 1 April 2010, Mahkamah Tinggi Ipooh menolak permohonan seorang bapa supaya menangguhkan perintah hak penjagaan anak bongsunya yang diperoleh oleh bekas isterinya M. Indira Gandhi pada Mac 2010. Hakim Wan Afrah Wan Ibrahim membuat keputusan berkenaan dalam kamar selepas mendapati tiada keistimewaan dalam permohonan yang dikemukakan oleh bekas suaminya Mohd Ridzuan Abdullah. Indira Gandhi DIWAKILI OLEH PEGUAM M. Kulasegaran.[4]